Thursday, June 18, 2009
Bayangkan jika Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman Hudud atas kesalahan meliwat 1998..
Oleh Irfan Yusuf
Anwar
Ibrahim menyokong 'fatwa' Tariq Ramadhan. Pengadilan jenayah, merejam
penzina atau memotong tangan atau memenggal kepala, bukan ciri penting
Syariah Islam.
Dua tokoh Islam terkemuka di dunia telah menjejakkan kaki ke bumi Autralia.
Tariq
Ramadhan telah menyampaikan ceramah-ceramah dan mengadakan
bengkel-bengkel di Sydney dan Melbourne. Dia membawa satu pesanan bahawa
umat Islam perlu melibatkan diri dalam persatuan-persatuan di mana
sahaja mereka tinggal. Dia juga memberi satu pandangan kritis berkaitan
kepercayaan tasawuf (sering disalahanggap sebagai 'Sufisme'), yang
datuknya (Imam Hasan al-Banna) supaya dapat dikaji dengan teliti .
Beberapa
bulan kemudian, Anwar Ibrahim turut melawat Australia dan bercakap
kepada masyarakat di Melbourne, Sydney dan Brisbane.
Dua tokoh
ini (Tariq Ramadhan dan Anwar Ibrahim) banyak terlibat dengan
ceramah-ceramah khususnya disasarkan kepada masyarakat Islam.
Anwar
menyampaikan mesej yang sama kepada masyarakat Islam - yang menyeru
umat Islam perlu melibatkan diri dengan masyarakat bukan Islam, umat
Islam perlu berhenti berpura-pura bahawa umat Islam bukan sebahagian
daripada komuniti yang menghuni masyarakat itu serta memperolehi
faedah darinya.
Baru-baru ini, Dr Ramadan telah menggariskan
'fatwa' dengan tuntutannya supaya dihentikan undang-undang terhadap
hukuman dera, merejam dan hukuman mati (dikenali secara kolektif sebagai
hudud) dalam dunia Islam.
'Fatwa' Tariq Ramadhan itu telah
dikritik oleh penulis-penulis dan sarjana-sarjana Islam, termasuk yang
mendakwa mereka yang mengikuti warisan Imam Hassan Al Banna.
Saya
tidak layak untuk mengesahkan 'fatwa' Dr Ramadan itu. Saya tidak
memegang sebarang kelayakan formal dalam undang-undang syariah, ataupun
saya bukan seorang graduan sebuah universiti Islam. Saya amat jarang
menjejaki kaki di mana-mana madrasah (kecuali untuk belajar bagaimana
membaca Quran dalam bahasa Arab).
Saya tidak mempunyai ijazah
(kebenaran untuk mengajar) daripada sarjana Islam yang mempunyai ijazah
daripada warisan (atau Sanad) Nabi Muhammad s.a.w (semoga Allah
mencucuri rahamt ke atasnya)
Tetapi saya juga mengetahui mengenai
pentadbiran keadilan jenayah. Saya juga tahu serba sedikit tentang
politik dan perhubungan awam. Dan saya dengan rendah hati merumuskan
jika sarjana-sarjana Islam tidak menangani diri mereka dengan betul,
maka hubungan awam akan menjadi semakin parah.
“Kita perlu berhenti berpura-pura bahawa kita bukan sebahagian masyarakat yang kita perolehi faedah daripadanya.”
Syariah
bukan hanya mengenai pengadilan jenayah, merejam penzina atau memotong
tangan atau memenggal kepala.. Syariah adalah satu tradisi yang kompleks
dan canggih yang melingkungi pelbagai pendapat luas daripada perkara
asas sebagaimana peraturan-peraturan biasa, sebagai contoh meletakkan
tangan anda apabila bersembahyang. Hukuman hudud adalah sebahagian kecil
daripada cabang syariah.
Tetapi cara beberapa sarjana Islam membantah, menyebabkan masyarakat akan memikirkan bahawa pendapat penulis-penulis News Limited (syarikat media Australia kepunyaan Rupert Murdock) adalah betul dengan mengatakan syariah itu adalah hukuman jahat.
Keadilan
jenayah bukan sahaja wujud dalam buku undang-undang atau tesis golongan
terpelajar. Antara jenayah dan hukuman terdapat pelbagai siri dan
langkah. Pesalah harus difahami kesalahan dan didakwa. Keputusan yang
dibuat mesti atas keadilan.
Kemudian terdapat isu-isu berkaitan
mahkamah yang memerlukan bukti dan prosedur. Akhirnya, di atas
keyakinan, mestilah menjatuhkan hukuman mengikut garis panduan yang
telah ditetapkan kepada hakim. Bukan semua pencuri secara automatik
dihukum. Semua ini memerlukan agensi penguatkuasaan undang-undang
terlatih.
Dalam kes Anwar, agensi-agensi penguatkuasaan
undang-undang tersebut adalah terlatih bagi menerangkan bahawa dia lebam
di sekitar matanya dan kecederaan parah yang pernah dialaminya akan
menjejaskannya seumur hidup. Dia lebih bernasib baik. Sebelum ini, wujud
kes Mamdouh Habib (rakyat Mesir,
warganegara Australia baru-baru ini dibebaskan dari penahanan di
Guanatanamo Bay), mungkin telah dihantar ke Mesir di mana
penguatkuasaan undang-undangnya lebih kasar.
Dan bayangkan jika
hukuman hudud dikenakan ke atas Anwar selepas didapati bersalah dalam
kes liwat. Kita tidak akan mendengar berita mengenainya selepas itu.
Semua yang mungkin kita dapat lihat adalah sebuah batu nisan dengan
nama Anwar terukir di atasnya.
Juga diperlukan adalah hakim-hakim
yang berkelulusan dan bijak. Saya mempunyai saudara mara di Pakistan
yang merupakan peguam. Mereka memberitahu bagaimana terdapat ramai hakim
bijak di sana. Hakim yang menjalankan perbicaraan kes Anwar juga
cerdik dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Sebelum
penulis-penulis pro-Ikhwan Muslimum menyerang Dr Ramadan di atas
'fatwa'nya itu, mereka perlu menyediakan satu contoh sebuah Negara Islam
di mana undang-undang undang-undang adalah tertinggi, di negara mana
hakim-hakim adalah berkelulusan untuk memahami dalam menguatkuasakan
hudud serta di mana polis dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang
lain adalah bebas rasuah.
Syariah mungkin (dan saya percaya)
adalah amat berjaya jika dilaksanakan dalam sistem perundangan. Tetapi
di pihak yang salah, kemungkinan hukuman-hukuman ini boleh
disalahgunakan.
Syed Maududi (Abu al Al Maududi), merupakan
seorang penyokong utama dalam pengenalan syariah kepada undang-undang
Pakistan, tetapi dia juga dengan kuat menentang pengenalan hudud
dilaksanakan sehinggalah moral, syarat-syarat sosial dan pendidikan
diikuti secara betul.
Tiada guna memotong tangan pencuri apabila
ekonomi keseluruhan adalah berasaskan sistem Robin Hood - mencuri
daripada majoriti yang miskin dan memberi kepada minoriti kaya.
Dan
apakah akan terjadi satu mimpi buruk, jika penyokong syariah menang
dalam penciptaan satu sistem di mana kredibiliti syariah hilang di mata
orang ramai yang sepatutnya syariah bertujuan untuk garis panduan dan
menyelamatkan masyarakat.
Bayangkan masyarakat Islam antarabangsa dipenuhi dengan berjuta-juta manusia seperti Amina Lawals.
[Aminah Lawal adalah wanita muslim Nigeria telah dijatuhkan hukuman
rejam sampai mati oleh mahkamah syariah Nigeria pada Mac 2002, kerana
didapati bersalah melakukan zina hingga melahirkan anak luar nikah]
Khalifah
Umar mempunyai idea yang tepat. Dia menangguhkan hukuman untuk pencuri
semasa kemiskinan teruk yang membawa kepada keburukan . Semasa orang
ramai terpaksa mencuri semata-mata untuk hidup, hukuman memotong tangan
jarang sekali dipraktikan.
Apabila cendekiawan-cendekiawan
menentang apa-apa sahaja yang dicurigai dalam syariah, mereka menghakis
kredibiliti mereka sendiri. Mereka juga bercakap dan mengadili dalam
bidang yang lebih daripada kepakaran mereka.
Hakim perbicaraan
yang menjatuhkan hukuman kepada Amina Lawal pada asasnya adalah adalah
satu contoh klasik yang minoriti (dan sebahagian besar memalukan)
kedudukan dalam fakulti undang-undang Maliki
Sarjana-sarjana
ini berdiri teguh dengan pendirian mereka, penulis-penulis,
profesional-profesional, golongan perniagaan dan umat Islam biasa lain
akan cuba untuk melibatkan diri dengan dengan rakan pelbagai bangsa.
Sukar
untuk dijelaskan kepada mereka yang bukan Islam bahawa tujuan-tujuan
Islam adalah benar apabila golongan agama berniat untuk menyekat
berdasarkan keganasan yang tidak berhati perut. Banyak perkara dapat
diperoleh jika bergaul dengan orang bukan islam!
Memang,
sarjana-sarjana Islam sentiasa menyatakan kebenaran. Mereka mengakui
terdapat halangan-halangan serius yang perlu diharungi sebelum sebarang
aspek syariah dilaksanakan di mana-mana negara Islam.
Mereka
mengakui syariah itu bukan hanya berkaitan dengan keadilan jenayah
tetapi juga dengan ekonomi, politik, sosial, pendidikan, perkahwinan dan
semuanya bermula dengan keadilan.
Syariah adalah sebagai
mengawal kelakuan anti persaingan dalam pasaran atau memastikan
perantaraan dalam penyelesaian pertikaian-pertikaian komersial dan
sebagai menyeksakan penjenayah.
Undang-undang tidak wujud dalam
satu kekosongan sosial. Marilah kita membina masyarakat Islam yang
teratur sebelum kita memulakan secara drastik dengan hukuman-hukuman
jenayah Islam.
Marilah kita memastikan terlebih dahulu dalam
sebuah negara Islam terdapat satu badan kehakiman bebas, sepasukan polis
bebas rasuah, pegawai mahkamah yang bersih, ahli politik yang jujur dan
keadaan sosial yang dikurangkan tahap kemiskinan, pembunuhan dan setiap
jenayah lain yang berkaitan dengan hudud.
Tariq Ramadhan
mempunyai satu sebab yang kukuh menangguhkan hukum Hudud. Dan Anwar
Ibrahim adalah bukti yang nyata bahawa tidak semua Negara Islam bersedia
untuk melaksanakan hudud.
Biarlah Negara Islam terikat dengan undang-undang pertama (the rule of law) dalam menjatuhkan hukuman kepada seseorang.
Nota : Irfan Yusof adalah penulis, wartawan bebas dan peguam yang berpengkalan di Sydney, Australia
Nota Kaki: Artikel ini pertama kali diterbitkan di Alt.Islam
AIDC menterjemah artikel 'Anwar Ibrahim Is Proof That Tariq Ramadan Has A Point'. Artikel asal klik di sini
Artikel lain berkaitan :
. Mazhab Islam Anwar : Versi Al Quran & Shakespeare
No comments:
Post a Comment