Sunday 1 January 2023

Anwar bebas Saiful dipenjara

 

Monday, November 30, 2009

Anwar bebas Saiful dipenjara


Demang salin dan tampal suara hati anak muda yang sedang bertungkus lumus cuba membersihkan namanya dan membongkar kebenaran. Sayangnya beliau tersepit antara kelemahan undang-undang dan kelicikan para pemainnya. Manakala pemimpin negara tidak berani campur tangan kerana bimbang terjerut dalam permainan songsang.

Bagi anda yang mempunyai hati dan perasaan, bacalah suara hati anak muda ini dan bayangkan jika ia terjadi pada kaum keluarga anda.

_______________________________________________

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Esok pagi , di Mahkamah Tinggi Jln Duta, adalah keputusan permohonan tertuduh untuk gugurkan pertuduhan sebelum dibicarakan.

Implikasi terhadap diri saya jika kes ini digugurkan sebelum dibicarakan adalah amat besar, ke tahap boleh disaman tertuduh dan lebih teruk saya pula yang bakal dipenjarakan. Ini kerana secara tidak langsung ia membuktikan kononnya laporan polis yang saya buat tidak berasas, menipu. Sedangkan saya langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri dengan memberi keterangan serta bukti-bukti di Mahkamah jika ia tidak dibicarakan.

Adakah ini Adil? Anda fikirlah sendiri..

Walaubagaimanapun, Saya berkeyakinan penuh pada mahkamah dan saya percaya bahawa hari perbicaraan penuh untuk saya memberi keterangan tetap akan tiba tidak lama lagi. Namun, yakin sahaja tidak cukup.

Justeru, saya mohon kepada anda sekalian, tidak kira sama ada yang percaya atau tidak supaya BERDOA agar perbicaraan kes saya ini TIDAK DIGUGURKAN bagi anda sendiri mengetahui Kebenaran yang sebenar. Selagi ia dibiarkan begitu sahaja, selagi itulah ia akan menjadi satu persoalan yang tiada kesudahannya.

Diam tidak bermakna kalah, diam tidak bermakna takut, diam bermakna saya sabar dan berhati-hati dalam mengatur langkah.. Dan sabar itu adalah senjata mukmin yang paling afdal dan sangat digeruni lawan. Sudah 1 1/2 tahun saya bersabar menanti hari perbicaraan untuk tiba, jika kes ini gugurkan, haruskah saya bersabar lagi?

Alhamdulillah, banyak hikmah yang diperolehi selama 1 1/2 tahun penantian saya ini. Berkat kesabaran dan doa, sudah ramai diluar sana semakin hari semakin meragui kredebiliti tertuduh yang sehingga hari ini berdolak dalik daripada ia dibicarakan. Ini ditambah lagi dengan sokongan padu dari individu2, blogger2, forum2, media cetak dan elektronik dalam membantu saya menegakkan kebenaran ini.

Ada banyak lagi hikmah2nya, tapi saya tidak mahu sebut disini.

Untuk makluman, ramai juga diantara mereka(penyokong, rakan dan barisan pimpinan tertuduh) memberikan sokongan dan simpati dalam diam. Walaupun ada diantara mereka yang masih enggan percaya, namun mereka semua bersetuju agar kes ini dibicarakan bagi mengetahui kebenaran dan kesahihannya, bukannya lari dari perbicaraan. Terima kasih diucapkan kerana bersikap rasional dan adil.

Sudahlah bersumpah laknat pun beliau enggan, kini bicara di Mahkamah dengan dibarisi 12 Peguam handal pun beliau masih mahu berdolak dalih daripada ia dibicarakan.

Selagi hayat dikandung badan, selagi itu saya akan terus istiqamah dan berjuang habis-habisan demi menegakkan kebenaran. Saya tidak bergantung pada sesiapa, hanya pada Allah swt tempat saya bergantung.

Sama-sama kita nantikan keputusan Mahkamah esok.

Kepada Allah saya berserah..



''Justice delayed Is Justice denied''
William E. Gladstone


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI


Bagi Demang, jika Anwar berjaya menahan Saiful daripada mendakwa dan membicarakan kesnya di mahkamah, maka majoriti RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN PERCAYA PADA ANWAR IBRAHIM SAMPAI MATI.

Anwar Bapa Perkauman Sempit

 

Saturday, December 19, 2009

Anwar Bapa Perkauman Sempit


Pagi tadi Demang memuatkan artikal yang menyentuh tentang eksploitasi BTN oleh Anwar Ibrahim ketika menjadi TPM dulu. Sebaik membuka email, Demang terpandang sepucuk email yang baru dihantar oleh sahabat daripada team AIDC. Ah, kebetulan pula, kata hati Demang.

Artikel menarik untuk bacaan semua..

Oleh NTanwar, AIDCclub


Menonton video lama Anwar di BTN [klik di sini] dan membandingkan dengan tindakannya hari ini tentunya menarik. Selain terdapat kontradiksi yang amat besar, tentunya akan menyerlahkan lagi wajah Anwar yang digambarkan sebagai seekor binatang 'The Chameleon' oleh majalah The Economist baru-baru ini.

Hari ini, Anwar mahu dikenali sebagai 'pejuang multi-culture' tanpa sempadan agama dan budaya, tetapi berasaskan prinsip demokrasi, hak asasi dan kebebasan beragama. Lantas badan yang memperjuangkan hak keagamaan dituduhnya 'ortodok', manakala badan yang memperjuangkan hak kaum dituduhnya sebagai 'racist'.

Tetapi 16 tahun dahulu Anwar lah yang berusaha menonjolkan dirinya sebagai 'pejuang Melayu' dengan memakai kosmetik Melayu-Islam dan mengembar-gemburkan dirinya sebagai bekas Presiden PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).

Maka BTN diperkudakan Anwar sebagai mengilap imejnya sebagai 'pejuang Melayu', manakala ABIM dimanipulasikan untuk menonjolkan imejnya sebagai 'pejuang Islam'. Serta IKD (Institut Kajian Dasar) yang dipimpin oleh sahabat baiknya, Kamaruddin Jaafar (bekas Setiausaha Agung ABIM) dieksploitasi sepenuhnya untuk menaikkan imej Anwar sebagai 'pejuang Melayu-Islam' .

Dr Siddiq Fadhil, bekas Presiden ABIM dan ketika itu menjadi panel IKD diberi kolum khas di Berita Harian untuk menulis sokongan secara halus kepada Anwar dengan menonjolkan penulisan bercorak Melayu-Islam yang dinamakan 'Melayu Baru'.

Pendek kata, Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memperkudakan semua instrumen semaksima mungkin untuk menyokong popularitinya, sama ada BTN, IKD, ABIM dan PKPIM.

Bukan setakat itu, institusi pengajian tinggi khususnya UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan badan pemikir Islam Antarabangsa dari Amerika Syarikat, bernama IIIT (International Institute of Islamic Thought) juga diperalatkan untuk kepentingan dirinya.

Semuanya digabungkan oleh Anwar menjadi satu pasukan, missionari berkempen untuk membantu memperkukuhkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Anwar suka pasang orang

Dari dulu hingga sekarang, sifat Anwar tidak pernah berubah, dia mahu memiliki segala-galanya untuk kepentingan dirinya. Lagaknya mengalahkan PM, bersikap diktator, mahu segala-galanya di bawah kawalannya. Sifat Anwar suka 'memasang orang-orangnya' di pelbagai posisi. Malah semua media massa dan elektronik dikawalnya seketat-ketatnya dengan hanya menyiarkan berita-beritanya muka depan yang berbentuk positif.

Sikap 'memasang orang' dan 'mengatur soalan-soalan yang dirancang' terbukti daripada video ini.

Individu yang bertanya adalah Mustafa Kamil Ayub bertanyakan soalan untuk mengangkat imej Anwar sebagai 'Pejuang Melayu' dengan menjadi pembela hak keistimewaan orang Melayu serta mempertahankan DEB. Adakah soalan ini dirancang ? Mungkin. Sebab sifat Anwar suka merancang soalan-soalan yang sepatutnya ditanya kepada dirinya, termasuk di kalangan para wartawan.

Video ini dirakam tahun 1993, dalam Kursus Perdana BTN di Langkawi. Kursus Perdana adalah kursus yang dihadiri oleh pemegang-pemegang jawatan tinggi dalam agensi kerajaan atau swasta, apatah lagi kursus itu dihadiri sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Tahun 1993, Anwar baru sahaja memegang kuasa sebagai TPM, ekoran kemenangannya sebagai Timbalan Presiden UMNO melawan Ghafar Baba. Walaupun sebelum itu, Anwar pernah berjanji tidak akan melanggar jawatan Timbalan Presiden, kerana menghormati 'orang yang lebih tua', Ghaffar Baba (ketika itu menjadi TPM), tetapi Anwar mungkin janji pada saat akhir, dan mencalonkan dirinya sebagai Timbalan Presiden UMNO hingga Ghafar terpaksa menyerah kalah.

Sebagai TPM, Anwar bertanggungjawab menjaga BTN. Sebagai TPM yang baru memperolehi kuasa, Anwar memperalatkan BTN untuk memperkukuhkan kedudukan serta sokongan di kalangan pemegang-pemegang jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan dan swasta.

Kesempatan seperti ini diambil sepenuhnya oleh Anwar dengan menjadi penceramah utama dan menjawab soalan-soalan yang mempopularkan dirinya dalam Kursus Perdana BTN di Langkawi itu.

Mustafa Kamil Ayub, sememangnya sudah dikenali sebagai penyokong totok Anwar. Ketika itu Mustafa Kamil adalah Ketua Jabatan Latihan dan Kepimpinan Pelajar, bahagian Hal Ehwal Pelajar di UIA. Kemasukan Mustafa Kamil di bahagian Hal Ehwal Pelajar UIA juga diplan oleh Anwar (dengan kuasanya sebagai Presiden UIA), untuk memperkukuhkan pengaruh ABIM dan PKPIM di UIA berdasarkan rekod Mustafa Kamil sebagai Presiden PKPIM dan aktivis ABIM, sejak dari UKM lagi.

Dengan kepakaran Mustafa Kamil sebagai bekas aktivis PKPIM, ABIM dan IIFSO (klik di sini) yang sejalur dengan latar belakang Anwar, maka dia diharapkan dapat merekrut lebih ramai lagi kader-kader baru di kalangan pelajar yang sama fikrah dengan Anwar.

Selain itu, Mustafa Kamil juga dilantik sebagai sahabat BTN dengan menjadi penceramah dan fasilitator BTN, yang menjelajah ke seluruh negara untuk memperkukuhkan kader-kader Anwar.

Salah seorang yang pernah direkrut adalah Rosli Abdullah, bekas aktivis PKPIM yang diterap masuk ke dalam BTN setelah tamat belajar. Hasil daripada kroni PKPIM/ABIM, Rosli dilantik menjadi Pengarah BTN Terengganu.

Apabila Anwar dipecat daripada UMNO, Mustafa Kamil Ayub dan Rosli Abdullah ikut jejak langkah Anwar. Mustafa Kamil sertai Keadilan, manakala Rosli Abdullah sertai PAS dengan menjadi Pengarah UBI (Unit Bimbingan Ummah) semasa PAS memerintah Terengganu.

Anwar kata bukan Melayu pendatang ?

Soalan Mustafa Kamil disambut oleh Anwar dengan penuh ghairah. Sesuatu yang mengejutkan, Anwar menggelar kaum Cina dan India sebagai 'pendatang', sedangkan hari ini Anwar mendakwa orang bukan Melayu bukan pendatang, malah Anwar menuduh pula kaum Melayu sebagai pendatang sama seperti Cina dan India. Dakwa Anwar hari ini, kaum Melayu bukan kaum asal di tanah air ini, kaum asal adalah penduduk orang asli. Itu hujah dipegang Anwar sekarang ini.

Tetapi 16 tahun dahulu, ketika Anwar berada dalam kerajaan, Melayu adalah penduduk asal, manakala bukan Melayu adalah 'pendatang'. Malah ditemplaknya kaum pendatang itu agar jangan mengungkit persoalan hak keistimewaan orang Melayu kerana sudah termaktub dalam 'perjanjian keramat' (termaktub dalam perlembagaan) yang mewartakan kedudukan Bahasa Melayu, Agama Islam dan Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu.

Lebih menarik lagi, walaupun Anwar mendakwa dirinya sebagai 'pejuang Bahasa Melayu', tetapi dalam kursus itu, Anwar begitu berbangga menggunakan bahasa rojak, (Bahasa Melayu campur Bahasa Inggeris), walaupun pesertanya adalah Melayu.

Dr Mahathir yang pernah menyampaikan ceramah dan menjawab sesi soal jawab dalam kursus perdana BTN, menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dan tidak pernah menggunakan bahasa rojak seperti Anwar.

Itulah sikap Anwar, terlalu banyak mahu menjadi 'pejuang'; Pejuang Bahasa, agama, kaum akhirnya semuanya menjadi rojak! Bukan setakat rojak, tetapi boleh berubah-ubah dan tidak konsisten, akhirnya semuanya hancur lebur!

Lebih menarik lagi, ketika Anwar mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan DEB, dia membuat perbandingan dengan Amerika Syarikat. Semuanya mesti merujuk kepada Amerika Syarikat, hinggakan kaum Melayu di Malaysia juga mahu disinonimkan dengan bangsa Barat di Amerika Syarikat.

Kenapa Anwar bakar pejabat BTN Bellamy dan pejabat IIIT di UIA ?

Satu peristiwa paling menarik dan masih menjadi misteri sampai ke hari ini, ketika Anwar dipecat daripada UMNO, dua tempat yang dikaitkan sebagai pusat operasi Anwar terbakar secara tiba-tiba. Satu perancangan atau kebetulan ? Kenapa kedua-duanya 'dibakar' serentak ?

Satu daripadanya adalah ibu pejabat BTN di Bellamy, Kuala Lumpur. Keduanya ibu pejabat IIIT (Malaysia) di UIA, Petaling Jaya. Kebakaran itu mengakibatkan semua dokumen-dokumen penting berkaitan dengan operasi BTN dan IIIT musnah.

Kenapa berlaku perancangan membakar kedua-dua pusat operasi Anwar, ketika Anwar kehilangan kuasa? Ada sesuatu mahu dilindungi?


Sedikit catatan Demang:
Apabila Demang membaca perenggan terakhir tentang kebakaran di Jalan Bellamy maka serta merta Demang teringat beberapa orang kuat Anwar dalam BTN yang cuba merampas kuasa dan terus menguasai BTN walaupun waktu itu Anwar sudah dipecat. Akhirnya mereka terpaksa menyingkir dan sebahagiannya terus bersama Anwar manakala sebahagian lagi terus menyepi atau kembali menyokong kerajaan.

Rupa-rupanya dalam suasana kalut itu mereka sempat 'bertindak'.

Foto hiasan:
khianat jpg
nniki.persianblog.ir

14 comments:

Alfonso2009 said...

Itulah wajah sebenar Anwar.Kita tertipu dengan topeng yang dipakainya. Akibat terlalu banyak topeng pengikut jadi keliru dan terus menyokong tanpa usul periksa. Senario masyarakat pada masa itu telah digunakan sebaiknya demi mencari sokongan dan pengikut. Pengikut yang tiada arah tuju dan mengharapkan sesuatu yg baru terus berkejar pada Anwar dan tak kurang pula yg mempunyai agenda peribadi dan inginkan kesenangan. Cita-citanya untuk jadi PM tak pernah luntur.

melayuangkat said...

Assalmualaikum Cheguman,

Selamat Menyambut Tahun Hijrah Baru 1431.

KITA semua tahu temberang, tembelang dan Belit insan bernama Anwar Ibrahim. Malangnya RAMAI yang tak percaya dan masih menaruh Harapan tinggi padanya.

Bagi saya, MASA akan menentukan segalanya, cuma saya berdoa demi kebaikan bangsa Melayu kita, Agama dan Negara, MASA itu tidak terlambat buat semua.

WaAllahuAlam.

Anonymous said...

assalamualaikum.. Sy bpndgn blainan.. Umno parti yg rasis maka x hairan la anwar bsikap cmtu tdk lma dlu.. Anwar dkelilingi dgn melayu pengampu.. Anwar dipihak kerajaan sdh tntu mahu krjaan mndpt mandat rakyat.. Khususny melayu.. Sdh mnjadi darah daging umno utk bpolitik sdemikian rupa.. Anwar dah brtukar pentas.. Idealogi sdh psti btukar.. Stlh mrsa tdk keadilan pd dirinya brulah anwar sedar yg mreka silap.. Sama juga dgn PAS.. Dlu pas tidak la bsggh2 nak undi bkn islam.. Kini, dasar pas ttp sama iaitu islam..pndekatan pas 4 all yg lbh msra rakyat bblng kaum.. Sme juga dgn anwar yg mmprjuangkn idealogi yg sma stlh melihat idea melayu sempit smkn pudar dtelan zaman.. Dr.M jgak mkin lntg mgkritik najib krna melihat najib lbey msra cina n india btntgn dgn dasar umno.. Klu benar umno mmprjuangan melayu knp msh ramai melayu yg miskin.. Knpa ditarik pula royalti krjn pas trgganu.. Krjaan pas klntn.. Sdgkn negeri2 ini lbeh 90pratus melayu.. Malah ngeri slangor n p.png yg lbey dikuasai oleh cina disokong pula ekonominya.. Siapakah pgkianat klu bkn umno yg mmrintah 50 tahun sudah..

Unknown said...

anon 526...
lu merepek apa bro!!
bila masuk pakatan haram semua taik jadi suciii..
poodahhhh
pas pon sama walhalku walharammu..
yg cina dap tu x racist ka??
baru suruh sekolah satu aliran dh melompat!
puja la pkatan rakkus hang tu!

melayu miskin gomen dh tlg mcm2
tp ada melayu mcm hang la buat melayu x maju2..
pemalas dan tau salahkan org lain saja
usaha sendiri tak mau..
dh beratus2 tongkat dh bg!
tipikal pecacai dap!

Anonymous said...

Klu melayu sgt.. Aku cabar najib halau smua org bkn melayu dri bumi ini tmasuk india muslim n cina muslim.. Tanah ini tanah melayu bkn tanah org len.. Tuhan da krniakn tnh ini utk melayu maka hny melayulah yg brhak.. Cabar najib beli semua tanah2 org melayu yg tlh dijual pd bkn melayu.. Tutup prusahaan cina dan india.. Ini tanah melayu.. Kita lancar perang thadap bkn melayu.. Trutama negara cina n india yg telah mghantar pdgg cina n india pd suatu masa dahulu.. Najib hendaklah bg tanah dan duit pd org2 melayu.. Bebaskan org2 melayu dlm pnjra.. Ajarlah kitab2 pngjian melayu shja.. Bhsa asing hendaklah ditolak.. Tolak krjasama ekonomi selain melayu krn mgkn ada agenda yg sebaliknya.. Tkt jd cm portugis tawan melaka.. Maka kukuhlah melayu..

Anonymous said...

DAP bkn parti aliran cina sprti mca.. Ko kne phm.. Stkt ko maki aku xjadi apa.. Ko ckp cm brani tp pengecut.. Hujah xde.. Taik ada.. Dari dlu smpai skunk pas haramkn prbuatan umno mnkla umno haramkan prbtn pas.. Umno pnh kata lompat parti tu haram.. Tp mrka lkkn.. Bkn bru2 ni.. Malah sejak dlu umno mmg kaki ugut lompat parti.. Skunk pas kata haram plak.. Apa yg ko nak gaduh.. Ko bndgkn lah hujah mereka.. Ko ni mmg x pndailah..

Anonymous said...

aku sokong penonton opera
kerajaan da bg mcm2 utk BANGSA MELAYU
time banjir, wape byk duit dibagi kpd rakyat yg kne bnjr
wape byk duit Jabatan Kebajikan Masyarakat bg kat rakyat susah tiap2 bulan
tu belum masuk pinjaman utk memulakan perniagaan kat org melayu lg
sedarla semua, kalau bukan sbb UMNO, cmne kite org MELAYU nk terus idop?

Cheguman said...

Demang siarkan semua komen walaupun tidak sependapat dengan Demang. Cuma Demang agak terkilan apabila komen-komen Demang dalam blog pembangkang selalu dibuang begitu sahaja.

Bagaimana agaknya jika mereka menjadi kerajaan yang memegang kuasa?

Anonymous said...

kelantan dan trgganu bkn mntak bntuan tp 'hak' mereka yg telah dirompak.. Knp susah nak bg royalti minyak pd kedua2 negeri ini sdgkn mrka ramai melayu.. Sabah n sarawak pula bkn negeri melayu ttp msh dpt royalti petroleum.. Hal ini jelas menunjukkan umno lbh pentingkn kuasa drpd memajukan org melayu.. Kelantan bkn mntak sedekah tp mntak hak.. Petronas dah sedut minyak di prairan kelantan maka klntn ada hak royalti.. Sme je mcm sabah.. Xprlu la klntn merayu.. Mreka bkn mntak belas ihsan tp hak.. Nilai 1bilion bkn kecil.. Sekaligus dpt mberi kesan thdp pmbgnn rakyat klntn yg melayu2 itu.. Tp umno ttp khianat.. Adakah saudara tidak sedar saudara2 kte dikelantan dizalimi umno.. Mcm di trggnu, royalti drompak terus dri rakyat trgganu sbb mrka pilih pas.. Nmpak sgt ada agenda politik.. Inikah prjuangan melayu.. Adakah demi melayu prbuatan zalim dihalalkan.. Rasuah dan penyelengan trs dbnrkn.. Tak salah nak bpolitik tp biarlah kena dan tidak zalim.. Prbtn mnyekat ryalti sama spt abdullah bin ubai(zmn rasulullah), munafik yg mnykt ekonomi org islam ktika itu.. Sedarlah, umno sudah tidak releven utk org melayu.. Ssh sgt ke nak sahut seruan tok guru supaya melayu bsatu pd akidah islam.. Tidakkah itu jauh lebih baik.. Salam..

Cheguman said...

hujah Anon yg terakhir membuktikan UMNO tidak memperjuangkan kaum sendiri sahaja.

Hujah itu juga memberi kesimpulan bhw rakyat Kelantan perlu mengundi BN agar royalti dpt disalurkan semula kppd mrk.

Salam satu Malaysia.

Terima kasih.

Anonymous said...

Sy sokong kalau kita mahu mempertahankan hak orang2 melayu.. Tetapi adakah dengan provokasi yg melampau?? Cnthnya tulisan awang selamat(utusan) dan ceramah ibrahim ali.. Menuduh DAP komunis lah.. Adakah krna mereka cina kita mentafsirkan bhwa mereka komunis.. Melayu pun ada komunis.. Apakah perasaan umno apabila TGNA mengatakn bhwa prjuangan umno mcm prjuangan komunis(baru cakap 'macam').. Umno dah melenting.. Nak tanya.. DAP ni bntang ke sesuka hati je tuduh? Nabi ajar cmtu ke utk mghadapi bkn islam? Seolah2 ingin mewujudkan suasana tidak tenteram dan hampir mgkin kepada peperangan.. india dan cina tak lemah.. Kita hanya 60 pratus dibumi sendiri.. Langkah utk berperang amatlah tidak wajar.. cara utk selesaikan adalah dengan kebijaksanaan.. Bkn sahaja PR malah BN juga harus selesaikan hal ini.. Anwar mengatakan cina pendatang(memang pendatang).. Tetapi mereka dah lama di tanah melayu.. Malah ramai antara mereka yg lbh patriotik dri melayu sendiri.. Anwar mahu mewujudkn suasana politik yang lbh brdaya saing.. Jika mahu melayu terus kekal maka kuncupkanlah smgt perkauman.. Blogger2 diharap dapat membantu..

Anonymous said...

Saya sokong anon.. Tak kemana melayu kalau pakai slogan lama.. Berpijaklah dibumi yang nyata.. Kita hanya 60peratus.. Mmglah tiada dlm dasar pas memperjuangkan bukan islam.. Tetapi dunia sudah berubah, pas kena bijak menangani konflik kaum.. Cnth di perak,(semua parti harap dapat bersikap spt itu), walaupun di gembar gembur di media bhwa nizar barua cina(tuduhan tidak bermoral) malah mengatakan nizar gadai hak org2 melayu kerana bg tanah kt cina.. Sbnrny melayu dapat lbh wlupn kita ckp nizar boneka.. Isu tanah, pnddk kg baru(cina) dpt tanah tetapi kg baru tidak dibenarkan ditambah atau dibesarkan.. Kg org melayu pula pun dpt tanah, tetapi boleh ditambah dan dibesarkn.. Adakah itu menindas melayu??.. Aku tengok cina gembira, melayu gembira.. Bygkn dlm keadaan politik yg begitu nizar msh dpt jaga hak melayu disamping hak bangsa lain tidak terjejas.. Jelas sekali media sgt2 berat sebelah.. Mungkin mereka dibayar oleh pihak2 tertentu bg tujuan politik sempit..

Anonymous said...

Tepat sekali ANONY. Aku pernah pergi seminar dakwah. Berbuat adil pada mereka(bkn islam), baik pada mereka dapat menarik mereka kepada islam. Contoh, kita ada dua sahabat cina, satu sahabat karib, satu lagi kenalan sahaja, mana yang lebih mudah untuk kita berdakwah?? Sudah tentu kawan karib kita.. Kalau betul PAS masih dengan konsep dakwah ini aku sokong sangatlah kan..

Cheguman said...

Wahai anon-anon sekalian. Sebaiknya anda memahami sejarah dan perjalanan politik negara dengan rapat. Jangan sekadar ikut di pertengahan jalan. Ibrahim Ali tidak menuduh orang cina sebagai komunis. Dia kata, DAP. Dia tak kata MCA. Kenapa? Sebab dia tahu sejarah penubuhan DAP.

Kenapa DAP membela Chin Peng?

Saya pernah jadi ahli PAS tetapi tak suka cara mereka menghukumkafirkan org UMNO hanya kerana perbedaan fahaman politik.

Mungkin anda bertiga sesuai dengan cara begitu.

Dr Munawar Ahmad Anees

 

Tuesday, December 29, 2009

Mahkamah sahkan sekali lagi kes liwat Munawar


Masih ingat pada Dr Munawar Ahmad Anees bekas penulis ucapan Anwar Ibrahim?

Demang ucapkan terima kasih kepada Munawar kerana permohonan beliau di mahkamah baru-baru ini mengingatkan semula rakyat Malaysia terhadap kes tersebut.

"Adalah jelas bahawa apa yang dinyatakan oleh mahkamah ini dalam perenggan 20 hingga 26 ada kaitan dengan sesuatu yang dihujah semua pihak..." demikian sebahagian daripada penghakiman setebal 15 mukasurat yang dibacakan Hakim Raus.

Ertinya, mahkamah sekali lagi mengesahkan Anwar meliwat Munawar! Adakah terdapat maksud lain selain daripada itu?

Bagi anak muda yang berumur 18-25 tahun yang kuat menyokong Anwar sekarang mungkin tidak begitu faham kes ini kerana ketika perbicaraan kes liwat Anwar-Munawar, mereka baru berusia 7-15 tahun! Dan ketika kejadian liwat itu berlaku ada antara mereka yang masih bayi.

Untuk makluman, Munawar menjalani hukuman penjara 6 bulan pada 1998 selepas mengaku bersalah di mahkamah seksyen kerana membenarkan Anwar meliwatnya di rumah Anwar di Jalan Setia Murni di Bukit Damansara pada Mac 1993.

Cuba perhatikan perkataan 'MENGAKU BERSALAH' di atas dan bukannya 'DIDAPATI BERSALAH'.

Anwar pula terlepas atas sebab teknikal!

2 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

KITA KITA ni semua faham akan kes ini, tapi apa nak buat RAMAI lagi yang masih tak percaya walaupun Mahkamah dah keluarkan hitam putih fakta fakta kes ini.

Sebab itu pesalah masih bebas ke sana sini, hasut rakyat benci membenci sebagai 'cover up' apa sebenar yang telah terjadi.

Inilah hakikatnya. Memang pedih untuk diterima sesuatu yang benar,lebih lebih lagi sesuatu yang mengaibkan semua.

Berdoalah kita Cheguman, agar tahun mendatang InsyaAllah akan lebih baik dan bermakna buat kita semua, bangsa kita, Agama dan Negara tercinta.

Anonymous said...

Kesian kepada pengikut tegar PKR dan PAS, pemimpin yg macam ini pun mereka sanggup ikut. Seorang pokemon yg bernama Aljuburi, yg tak tahu bezakan antara halal dan haram, yg tak tahu bezakan antara isteri yg halal dgn jantan2 yg haram, tak tahu bezakan antara lobang yg halal dgn lobang taik, lobang najis macam mulut ******* yg haram. Tetapi Aljuburi walaupun dah ada isteri yg halal, tetapi masih giankian, jantan yg haram, masih giankan lobang taik, lobang najis haram. ishh ishh ishh ishhh ishh ishh Yahudi melaun betul. Selamatkanlah anak2 bangsa dari menjadi mangsa liwat Aljuburi. Selamatkanlah anak2 bangsa dari menjadi pengikut Kaum Luth. Nauzibillah

Kronism Anwar

 

Kroni Anwar Ibrahim



Jika PKR dikatakan sebagai parti keluarga, yang ini apa pula?

Siapakah Datuk Ibrahim Abdul Rahman & anak-beranaknya???


Beberapa aset kekayaan yg dimiliki Datuk Ibrahim Abdul Rahman (bapa Anwar Ibrahim) yg merupakan seorang rakyat biasa & bukannya bersusur-galur bangsawan mahupun orang kaya. Bapa Anwar juga bukanlah seorang saudagar intan berlian mahupun permata apatah lagi seorang ahli perniagaan Korporat mahupun keparat.

Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dlm kerajaan yg dikutip oleh Tun Dr. Mahathir drp ABIM telah membuatkan Anwar Ibrahim menjadi KAYA RAYA MALIANA dlm sekelip mata. Bukan shj Anwar menjadi mewah, malahan bapanya sendiri secara tiba2 mempunyai aset yang berbilion2 apabila Anwar memegang jawatan sbg Menteri Keewangan.

Mari kita semak senarai aset milik Datuk Ibrahim Abdul Rahman. Beliau mempunyai kepentingan perniagaan yg besar mewakili Anwar dgn menjadi Ahli Lembaga Pengarah lebih dari 50 buah syarikat & memegang saham hampir 20 buah syarikat.

Antara syarikat tersebut adalah:-
Pengkalen Holdings Bhd,
Pengkalen Capital Bhd,
OI Corporation Bhd,
Pan Malaysia Industries Bhd,
Nissan Industrial Oxygen Bhd, Zaitun Bhd,
Boral Concrete (M) Sdn. Bhd.,
Ibrus Holdings Sdn. Bhd.,
MS Pembinaan & Kejuruteraan (M) Sdn. Bhd,.
PPH Pembangunan (M) Sdn. Bhd.,
Metromix Sdn. Bhd.,
Syarikat Bumiputra Sdn. Bhd.,
PPH Development (M) Sdn. Bhd.,
PPH Resorts Negara (Port Dickson) Sdn. Bhd.,
PPH Resorts (Penang) Sdn. Bhd.

Berikut pula merupakan senarai syarikat yg bapa Anwar merupakan pemegang saham yang besar dlm sesebuah syarikat:-
Nissan Oksigen Perindustrian Bhd. (3,032,500 saham);
Par Con Corporation Bhd. (900,000); Perumahan Muhibah Sdn. Bhd. (510,000);
Sri Kibar Sdn. Bhd. (285,000);
Westaflex Sdn. Bhd. (200,000) Seribudi Services (M) Sdn. Bhd. (200,000).

Dari mana pula aset kekayaan adik beradiknya Farizan, Rani dan Marzuki??? Dari langit kah???

Adik beradik Anwar juga merupakan rakyat biasa yg bukannya belajar tinggi mahupun jenis yang kaya raya. Namun apabila abang beliau menjadi Menteri Kewangan, adik beradik Anwar ini berubah menjadi golongan kaya yang melampau.

Rani sbg pengarah Azamintensif Sdn. Bhd.,

Marzuki sbg pengarah lapan syarikat:-
Teraju Dinamik Sdn. Bhd.,
Knight H & D Sdn. Bhd.,
Ganjaran Jaya (M) Sdn. Bhd.,
Rodatra Sdn. Bhd.,
Sanjungan Niaga Sdn. Bhd.,
CSPM Resources Sdn. Bhd.,
Wrand Tank Industries (M) Sdn. Bhd.,
Lityan Holdings Bhd., dan
Bumijet Industries Sdn. Bhd.

Senarai aset2 di atas yg dimiliki oleh bapa & adik beradik Anwar mempunyai nilai berbillion2 ringgit yg ianya berlaku apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu. Apakah Anwar Ibrahim seorng yg benar2 BERSIH??? Mengapa tidak menyatakan kepada rakyat Malaysia dari mana kekayaan yg ada membuatkan keluarga beliau mampu memiliki aset yang berbillion ini dlm sekelip mata???

Apakah Anwar dan Keluarganya MENABUNG SEJAK KECIL sehingga mampu memiliki aset sebegini???

Inilah dia makhluk ANUGERAH TUHAN...

No comments:

Kroni Anwar di Telekom

 KRONI-KRONI  ANWAR BERPAYUNGKAN TELEKOM MALAYSIA

 

Terdapat beberapa fakta yang boleh mengaitkan nama-nama Anwar Ibrahim, kroni-kroninya seperti Dato Ishak Ismail, Nik Aziz Nik Hassan dan Dato Mohd Said, Pengerusi Telekom Malaysia. Mereka ini dikatakan terlibat secara langsung dengan aktiviti liar kumpulan reformasi dan penerbitan akhbar Ekslusif dan mempunyai hubungan perniagaan dengan Telekom Malaysia..

Akhbar Eksklusif yang dikatakan diterbitkan sempena mendokong gerakan reformasi Anwar Ibrahim. Akhbar ini telah condong kepada gerakan reformasi dan sering memaparkan tuduhan-tuduha liar dan tidak berasas serta pencemaran nama-nama pemimpin tertentu. Berita-berita tersebut di samping beberapa berita sampingan telah menjadi intipati akhbar ini. Penerbitan akhbar ini juga secara tidak langsung telah menonjolkan juga hubungan terus bekas Pengerusi Telekom Dato Mohd Said dengan Anwar Ibrahim.

Jalinan hubungan ini bermula dengan fakta bahawa Eksklusif ialah penerbitan syarikat hak milik Karangkraft. Syarikat Karangkraf juga memiliki syarikat pencetak Ultimate Print yang sekarang mencetak buku panduan kepada Telekom Publications Sendirian Berhad (TPSB) iaitu anak syarikat kepada Telekom Malaysia.

Karangkraft juga memiliki anak syarikat bernama Media Network, syarikat yang memegang tender untuk membekalkan  kertas kepada TPSB Salah seorang daripada ahli jawatankuasa induk Parti Keadilan Nik Aziz bin Nik Hassan merupakan  tuan punya Syarikat Pencetakan Jiwamas yang juga pencetak buku panduan TPSB.

Satu lagi pembekal yang berurusan dengan TPSB ialah Perda Holdings yang memegang tender bekalan kertas pada tahun 1998 dan 1999. Syarikat ini ialah anak milik Idris Hydraulic dan dimiliki oleh Dato Ishak Ismail yang juga memiliki Kentucky Fried Chicken (KFC).

Dato Ishak ialah seorang kroni kanan dan tali barut kepada Anwar Ibrahim dan  beliau didakwa sebagai penganjur dan financier kepada semua kekacauan dan tunjuk perasaan oleh orang awam bersabit kes Anwar Ibrahim. Sebagai rumusan Eksklusif, Karangkraft, Media Network, Ultimate Print, Jiwanas, Perda Holdings adalah dimiliki oleh kroni-kroni Anwar. Di samping itu kesemua individu-individu yang tersebut di atas yang menbangkang kerajaan dan PM dengan secara langsung atau tidak dibiayai dan meraih kekayaan daripada urusniaga dengan Telekom Malaysia.

Ketua Eksekutif Telekom Malaysia Dato Mohd Said telah dengan sengaja menutup mata dan berdiam diri sebab beliau dikatakan menyokong Anwar Ibrahim dan telah banyak membantu beliau dan syarikat-syarikat kroninya seperti Alcatel dan Marconi. Syarikat-syarikat ini mendapat kontrak untuk membekal kelengkapan telekomunikasi di luar negeri di bawah syarikat usahasama Telekom JV . Dato Mohd Said juga dikatakan telah mengaut kekayaan dalam transaksi pembekalan ini. Boleh dikatakan aktiviti syarikat-syarikat ini bergantung kepada keupayaan wang yang banyak dan Telekom Malaysia telah bermurah hati menberi bantuan perniagaan yang amat lumayan.

.

Senarai Kroni Anwar

 

SENARAI KRONI ANWAR

 

Senarai kroni Anwar 

Rustam Sani yang hebat mengecam kerajaan juga mendapat projek 


KUALA LUMPUR 19 Jun - Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit. 


Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.  


Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.


Nama Kamaruddin terkandung dalam senarai saham dan pemberian projek kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini - satu tindakan yang bertujuan mendedahkan bagaimana Anwar membahagi-bahagikan kekayaan negara kepada rakan-rakannya. 


Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. 


Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. 


Dr. Rahim Ghouse, seorang lagi penyokong kuat Anwar turut mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion. 


Penulis dan bekas pensyarah universiti, Rustam Sani, yang hebat mengecam kerajaan selepas Anwar dipecat daripada kerajaan sejak sembilan bulan lalu juga mendapat projek iaitu pembinaan Kompleks Jabatan Imigresen Shah Alam yang kini pada peringkat kelulusan prinsip.


Rustam, 55, adalah pemegang saham utama syarikat yang mendapat kontrak itu, Pasca Baru (M) Sdn. Bhd.


Beliau lantang membela Anwar dan mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang didakwanya mengamalkan kronisme dan nepotisme terutama dalam tulisan-tulisannya yang diterbitkan dalam akhbar Harakah dan penerbitan yang pro bekas Timbalan Perdana Menteri itu. 


Salah satu dokumen yang dikeluarkan dalam senarai itu bertajuk Pemberian Projek Penswastaan Kepada Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) (Perjanjian Telah Ditandatangani). 


Projek pembangunan kerajaan yang diluluskan kepada kroni Anwar adalah pelbagai daripada penswastaan pembetungan najis, penswastaan perkhidmatan ambulans hinggalah kepada pembangunan hartanah di kawasan Brickfields di Kuala lumpur. 


Kementerian Kewangan mengeluarkan lapan dokumen pada Perhimpunan Agung UMNO, dan daripada senarai itu terdapat dua senarai yang mengandungi maklumat berhubung 27 buah projek yang diberikan kepada penyokong-penyokong Anwar.


Hanya 14 daripada 27 projek itu dicatatkan kosnya. Nilai terkumpul 14 projek itu ialah RM33.92 bilion. Dijangkakan, jika kos projek-projek lain diperoleh, nilai keseluruhan akan jauh lebih tinggi. 


Selain Kamaruddinnama -nama lain yang mendapat faedah ialah Datuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad, Bahrim Ayob dan Datuk Ghazi Ramli.


Dalam satu senarai berasingan, nama bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, juga dicatatkan sebagai menerima kelulusan prinsip projek Pembangunan Semula Kampung Haji Abdullah Hukum di Kuala Lumpur. 


Selain beliau, nama penyokong Anwar lain juga disebut dan mereka kebanyakan adalah bekas para pemimpin ABIM dan pemimpin UMNO yang rapat dengan Anwar. 


Mereka ialah Datuk Ahmad Ismail, Datuk Iqbal Mohd., Kuppa Pitchai Rawther, Datuk Nasruddin Jalil dan Datuk Ahmad Saad. 


Tindakan menyenaraikan nama individu dan syarikat bumiputera yang mendapat saham dan projek itu adalah langkah kali kedua selepas Dr. Mahathir mengejutkan ahli-ahli UMNO dengan senarai yang sama pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu. 


Senarai tersebut dikeluarkan oleh kerajaan bagi menangkis dakwaan Anwar yang menuduh kerajaan mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah. Ia dipamerkan untuk diteliti oleh para perwakilan dan ahli-ahli UMNO yang menghadiri perhimpunan agung parti itu di sini.


Kamaruddin, Ketua UMNO bahagian Tumpat, juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta).


Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh, Kamaruddin Mohd. Nor, yang juga bekas Setiausaha Agung ABIM pula memegang saham sebanyak 250,000 unit dalam syarikat Eastern dan Oriental. 


Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.


Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings Berhad (Ibrahim dan Farizon) masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998; Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000.


Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, memiliki sebanyak 6,751,493 saham dalam syarikat Tekala Corporation (TCB). 


Menerusi syarikat Pantai Dalam Sdn. Bhd., beliau juga telah mendapat kelulusan prinsip untuk projek pembangunan semula Kampung Haji Abdullah Hukum. 


Senarai-senarai pemberian saham dan projek itu dipamerkan di tingkat empat, bertentangan dengan pintu masuk utama ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. 


Senarai pertama melibatkan pemberian 18 projek penswastaan menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang perjanjiannya telah ditandatangani sehingga 15 Jun lalu. 


Para penyokong Anwar yang paling kerap tertera daripada 18 projek itu ialah Mohd Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nadzri Abdullah dan Datuk Khalid Ahmad yang memiliki saham utama dalam sembilan projek. 


Projek-projek itu ialah projek Kuala Lumpur Central menerusi syarikat Freeway Properties dan bernilai RM713 juta; Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3); perkhidmatan telekomunikasi Satelite Network; projek Lebuh Raya Ipoh-Lumut bernilai RM1,000 juta dan projek perkhidmatan sokongan hospital Redicare Sdn. Bhd bersama Azmi Jaafar. 


Comments
  • Azmi Mohd Hasim okeyy rogerr bro,cadangan di terima tanpa bantahan hehe
  • Norliza Jusoh Fakta ni betul masa anwar jd tpm dulu sekarang bila dh jadi pembangkang fakta ni dh jadi halal sbb pembangkang mengamalkan perinsip orang lain je buat salah mereka buat semua betul.. kah 100x
  • Suud Ridzuan funder anwar ni skrang dok dlm kelambu, my opinion, he's going to rain the money, hujan lebat, untuk PRU... so I hope dia masuk DALAM before then
  • Azmi Mohd Hasim Tuan Putui-budaya kronisme ni anwar bawak ke mana2 dia berada..sekarang ni budaya ini dalam PKR.....
  • Azmi Mohd Hasim Ko Selangor-hehhehe betul juga....
  • Ismail Ibrahim Salam, yg tu ikan kurau, senangin, bebara, siakap, senohong - sambarnya kuat & makan nya besar, kibasnya nya juga kuat, telan nya sampai habis, cuci. Ikan yg bawah sikit, tenggiri, selampai, jerung, bawal tambak, bawal putih , bawal itam...turun kebawah, gelama gelong, tamban kiat, senangat, ikan ubi... turun lagi iaitu akan kikik, udang kepai, udang rimau, undang rawa, ikan ketang, ikan seridin termasuk ikan duri, semilang & pedukang - pelukang. Ini la rakan & ana baca, begitu " lebar " payongnya, menjadikan bangsa Melayu 90 % PADA KEDANA, usah kata kuah, pinggan pun tk ada, " makan dalam daun pisang pun ta ada daun, kena makan dalam " tempurung yg di buang dalam tung sampah ". Peminpin yg rakan2 & ana junjung macam nak mampoih sehingga hari ini kolong kami pun tk bertempat, tanah2 yg kami sepatut dapat dicuri oleh " BUAYA2 TEMBAGA " ini atas nama " HAK MELAYU & BUMIPUTRA " BERSIH SAPUNYA. Patut la " CAKAP BERDEGAR- DEGAR, KINI KAMI SEMUA KENA TIPU SECARA TERHURMAT, masa tu kami lah yg mempertahankan sangat, kini baru kami tahu bahawa semua kami yg beri sokongan kena tipu BULAT2, PENIPU BANGSA, kami harap pihak berkuasa akan jalankan tugas untuk buat siasatan lajut, kami tk dapat apa pun, saham pun tak dapat......sedih, sedih, sedih, banyak yg tk tau nhal ini,....Salam
  • Ipin Upin Admin SIM, mohon utk share ya


(https://www.facebook.com/legacy/notes/228862570457684/)

Siapa Anwar Ibrahim 5