Monday, February 7, 2011
Anwar dilantik diplomat jemputan (CFR) untuk rosakkan dunia Islam
Anwar
Ibrahim dilantik diplomat jemputan Amerika (CFR) oleh Ambassador
Richard Holbrooke (kiri) orang yang memainkan peranan penting dalam
dasar luar Amerika. Anwar berceramah di luar negara pada hakikatnya
memakai gelaran ini (CFR), tetapi bertopeng sebagai bekas Timbalan
Perdana Malaysia.
Oleh : x-pkr
1.
AnWar gemar mencuri perhatian di arena antarabangsa. Ini dilakukan agar
‘bara’ populariti beliau tetap hangat. Lagak gayanya bak diplomat
tersohor. Ucapan yang disampaikan bak mentera memukau seantero dunia.
Terbaru, Anwar berucap di Universiti Chulalongkorn, Bangkok. Sebelum itu
beliau berucap di forum ekonomi di Timur Tengah.
2. Sejurus selepas dibebaskan dari penjara, AnWar dilantik sebagai ‘Visiting Diplomat’ di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Amerika Syarikat berpangkalan di New York. AnWar dilantik oleh Ambassador Richard Holbrooke,
diplomat tersohor Amerika. Amb. Richard Holbrooke memainkan peranan
penting dalam dasar luar Amerika. Pernah menjadi wakil Presiden Amerika
dalam rundingan damai Asia Barat yang tiada kesudahan hingga sekarang.
3.
Amb. Richard Holbrooke adalah ‘tangan ghaib’ yang membunuh umat Islam
Bosnia. Bekas Presiden Serbia, Radovan Karadzic sewaktu didakwa di
Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Belanda menyatakan beliau bertindak
menyembelih umat Islam Bosnia kerana mendapat jaminan keselamatan dari
Amb. Richard Holbrooke. Diplomat ini memberi jaminan Karadzic akan
dilindungi oleh Amerika. Jaminan Karadzic akan dilindungi diberi Amb.
Richard Holbrooke atas kapasiti wakil Presiden Amerika bagi
menyelesaikan konflik Serbia-Bosnia.
4. AnWar berkawan rapat
dengan Amb. Richard Holbrooke dari usia mereka remaja. Diplomat ini juga
pernah berkhidmat di Vietnam. Bukan calang-calang diplomat yang
dihantar ke Vietnam bagi menerapkan doktrin Amerika di sana. Pelantikan
AnWar sebagai ‘Visiting Diplomat’ hanya formaliti bagi AnWar menerima
imbuhan bulanan dari institut ini. Sahihnya ribuan dolar sebulan.
Berapa? Kita sekadar boleh mengandaikan saja….
5. Pastinya AnWar
seorang yang istimewa dari kacamata Amb. Richard Holbrooke. Diwujudkan
jawatan sebegitu hanya untuk AnWar, diberi imbuhan begitu banyak tanpa
perlu memasuki pejabat. Tugas AnWar hanya menterjemah islam &
keamanan mengikut doktrin Barat. Anwar sendiri mengakui beliau kerap
keluar negara menjalankan misi damai Asia Barat. Di sebalik tabir, Amb.
Richard Holbrooke mengawal AnWar. AnWar telah terjebak terlalu jauh
dengan musuh-musuh islam ini….
6. Sebagai seorang diplomat yang
tidak kita iktiraf, pastinya AnWar cukup sibuk. Sibuk melayani
pelawat-pelawat di hotel penginapan pada siang hari. Manakala waktu
malam pula digunakan sebagai persediaan menelaah teks ucapan yang akan
diguna esok hari. Cuma saya kasihan akan AnWar, dalam kekalutan jadual
beliau di luar negara, agak-agaknya siapakah yang ‘membancuh kopi’ untuk
beliau…………